Pages

selamat hari raya
maaf zahir dan batin
betul!!!!!!!!!!!!! betul!!!!!!

Assalamualaikum saudara-saudaraku,
Ramadan sudah di hujung hari. Mudah-mudahan ia tidak di penghujung hati. Ia sentiasa hidup untuk baki hari seterusnya pada 1431 Hijrah ini. Untuk pengunjung Gentararasa, saya ketengahkan kembali sebahagian sajak-sajak  yang pernah saya nukilkan sempena Aidil Fitri. Ada diantaranya telah dijadikan nasyid. Saya ucapkan syukran jiddan kepada semua yang telah mengingati dan mendoakan saya. Saya juga akan sentiasa mendoakan anda. Apa lagi yang kita harap sesama manusia jika tidak doa dan nasihat?
Selamat membaca… semuga ada sekelumit manfaatnya.

IKHLAS DI HARI RAYA
Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua
Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…
Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran
Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina
Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

BERILAH KEMAAFAN ITU
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah
Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI
Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!


SEMAI KEBAIKAN TUAI KEREDHAAN
Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cendikiawan
murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah
Di dunia menyemai kebaikan…
Di akhirat nanti menuai keredhaan…
Di sini tempat berkerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga
Ramadan itu medan mujahadah
Agar di Syawal kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit kerana syurga itu manis
Ramadan itu bagai ‘dunia’ – menempuh ujian
Syawal itu umpama ‘akhirat’ – menempah kejayaan!

KEMBARA DI HARI RAYA
Dahulu…
saat indah zaman nubuwwah
Di kanan iman, di kiri ukhwah
Di tapak… kebersihan hati
Di puncak… kecanggihan teknologi
Lalu keindahan Islam pun kembara
dari Makkah ke Madinah
Menuju Asia, Afrika dan Eropah
Jelajah seantero benua!
Ketika itu perilaku ummah dihias mahmudah
Di asas ‘lil Lah’ padu keikhlasan
Gerak kerja cekap dan berkesan
Kukuh seluruh sepenuh itqan
Puasa kita itulah kembaranya
Syawal kita itulah destinasinya
Membina TAQWA dengan yang Esa
Melahirkan AKHLAK sesama manusia
Menjana ITQAN di dalam kerja
Semuga Syawal kali ini
Adalah satu kemenangan
Menyemai kerendahan seorang hamba… di dalam jiwa
Menuai keperkasaan seorang khalifah… di maya pada
Jika tidak…
Kita terus terusan kembara!
Allah hu Akbar, Alllah hu Akbar, Allah hu Akbar!

PERISA HATI DI AIDIL FITRI
Kepelbagaian perisa menjadi satu rasa
Aroma yang berbeza bumbu kelazatannya
Pedas, harum, manis dan pahit bergaul mesra
Dalam resepi warisan sejak dahulukala
Pada kelembutan ketupat dan lemang
Pada keenakan lodeh dan rendang
Bersalut segala kreativiti dan aspirasi
Melahirkan citarasa yang serasi dan harmoni
Begitulah kiasan di Hari Raya
Hari mempertemukan semua yang berbeza
Segala bangsa, budaya dan agama
Buat menjalinkan kesatuan rasa
Berbeza bukan untuk bertentangan
Pelbagai bukan untuk bertikai
Di Aidil Fitri kita dipertemukan
Bagai ramuan dalam satu masakan
Inilah menu hakiki…
Inilah persaudaraan sejati…
Perisa hati di Aidil Fitri!

MAHAR CINTA SYAWAL
Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir
Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!
Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

BUNGA TANJUNG
(Buat wanita solehah itu…)
Seroja wangi di jambangan
kemboja indah pandangan
anggerik cantik menarik
mawar merah menyala
… cuma Tanjung
di hujung kampung
harumnya sentiasa ada
tawadduknya tetap ketara
Bunga tanjung di hujung daun
Dipagar belantara merimbun
Namun harumnya sampai jua
… ke hujung kampung
Tanjung sepi sendiri
Mengadu sunyi di sisi Ilahi
Dia pilu yang menabur bakti
Tersiksa jiwanyaagar
Bahagia milik bersama
… tetap segar
… tetap mekar
Bunga tanjung mendakap wangi
Terseri di julang sanggul puteri
Gugurnya sebagai gugur serikandi
Bertuah anak yang memanggilnya ibu!
Beruntung suami yang memanggilnya isteri!

PELUANG SAMA NATIJAH BERBEZA
Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

MUHASABAH RAMADAN
Hari Raya Hari Kemenangan
Hari Kesyukuran Dilimpahi Kemuliaan
Di Lipatan Seni Mehnah
Ada Maksud Murni Yang Lebih Hakiki
Pada Nafsu Yang Dilentur Lapar Dahaga
Pada fikiran Disinar Wahyu dan Sabda
Pada Hati Bersih Di Solat Tarawih
Apakah Semuanya Telah Dimiliki
Puasa Mengajar Erti Ketabahan
Menghadap Ujian Berlandaskan Iman
Puasa Perisai Yang Sangat Maknawi
Penyinkap Hijab Antara Hamba Dengan Illahi
Puasa Sempurna Menahan Rohani dan Rasa
Puasa Sederhana Menahan Indera dan Juga Anggota
Puasa Biasa Hanya Melawan Lapar dan Dahaga
Lalu Di Manakah Puasa Kita
Adakah Masih Di Tahap Lama
Lalu Muhasabah Di Hujung Ramadhan
Sudahkah Terbangun Jiwa Teguh Dankukuh
Atau Kolam Jiwa Masih Tercemar Keruh
Bersembilu Dosa Duri Angkara
Ketika Bertahmid
Bertakbir
Bertasbih
Terasakah Ita Hamba Illahi
Yang Hanya Mampu Mengukir Tadbir
Sedangkan Padanya Segala Takdir

ada yang tak bisa kubaca dari gerak bibirmu
ada yang tak bisa kuraba dalam hangat pelukmu
tapi pandangan matamu
masih seperti yang kulihat empat tahun yang lalu

pandangan mata yang dulu pernah menjerumuskanku
dalam dimensi cinta tak berbatas ruang dan waktu
seperti menggapai-gapai dasar
yang tak juga tersentuh

dan masih kuingat betul
betapa aku tersiksa
seperti terpenjara
saat kusadari
kau takkan kumiliki

KEHENINGAN


dalam malam yg dingin dan sunyi,,
aku duduk sendiri sambil mendengarkan derikan suara jangkrik yg indah..
malam kian larut,,,
keheningan mulai menyelimuti,,
angin yg dingin bertiup menghampiriku…
aku mulai terlelap dalam gelap..
ah hidup.. begitu indah ketika berada dalam sebuah cinta
cinta yang membuat aku dan malam ini selalu ada..
dan heningpun menyambut dengan lembut..
merindumu ternyata membuat seolah nyawa tercabut..


Saat pertama ku melihat dunia ini..
Ketika engkau melahirkan aku, ibu..
Ku menangis mengsyaratkan bahagiaku..
Melihat indahnya dunia ini..
Beribu do’a ku ucapkan untukmu..
Agar jiwa dan ragamu sehat selalu..
Tak ada kata yang bisa kungkapkan..
Untuk mengucapkan terimakasih ibu..

Tanpamu ku tak mungkin ada..
Tanpamu ku tak mungkin bisa berjalan..
Melewati juta’an kisah hidup ini..
Dengan ketegaran yang kau ajarkan..
Ya allah ya tuhanku..
Berikanlah beliau umur yang panjang..
Kesehatan tubuh yang tak terbatas..
Agar aku bisa berbakti kepadanya..
Ibu.. oh.. ibu..
Jasamu akan selalu ku ingat..
Sampai kapanpun akan selalu ku ingat..
Hingga ragaku tak bernyawa..


Terdiam dalam hati sunyi
Seolah tak punya arti
Biarlah ku berdiri
Mengharap pasti dariMU Robbi
Ku jelajahi kaki
walau kadang tak terkendali
tapi kini ku tahu pasti
ridhoMU yang Kau beri
untuk diri
ku tangisi hati
dalam senadung malam sunyi
ku pasrahkan diri
dalam sajadah hati
yang kini bertepi
padaMU illahi


aku datang
mem
beli madu yang masih tak terkikis lebah
dengan plastik putih
yang menjadi bungkusnya
aku selalu menikmati
manisnya maduku
sejengkal demi sejengkal
kemudian
ibuku bilang
 telah mwmbawa maduku tak layak
aku coba menelanjangi maduku
senti demi semi
aku tatap maduku
yang tak berbusana dikerling mataku
ah… maduku memang sudah busuk
buang saja di tong sampah
agar tak menyebarkan racun dan bau
dalam tiap jengkal langkahku
TIDAK MEMPUNYAI JUDUL
Semuanya telah menjadi hitam
Tak ada yang dapat aku lakukan
Hanya bisa terpaku
Dibawah angkuhnya dinding
Yang membisu
Aku tak bergeming
Karena secarik hatiku
Telah hilang dari hatiku

RINDU

Tika sepi menyelinap ke sukma diri
aku terus menyolongkar bubuk rahsia
meneka dan mencari
mulus dan kudus sebuah cinta kasih

tatkala desir angin
menyingkap dedaun rindu

kasih,
inginku selami laut hatimu
menyentuh dasar nurani
sesekali menimang buih asmara
dalam gelombang perkasihan

Oh tuhan
akan ku kutip nilai
cinta
kasih
dan rindumu

stiap kali jasadku berlabuh
di pangkin rahsia maha rahsia
dalam nur mu tersembunyi
wajahmu.

Sahabat,
belum pernah aku temui selama ini,
sikap dan telatahmu,
yang sukar aku lupakan,
disaat kita ketawa dan bergembira,
tersirat juga suatu keduakaan,
namun kita harunginya.

Sahabat,
terlalu sukar untuk aku melupakanmu,
kini diibaratkan isi dengan kuku,
malah takdir memisahkannya,
namun jasa dan budimu tetap ku kenang,
abadi untuk selamanya.

sesungguhnya sahabat itu wujud dari
satu pertemuan dengan 10 pernyataan
100 keyakinan dan 100 kali pengorbanan
serta berjuta kali perjuangan dengan
1 keikhlasan atas keredhaan allah.

" andai seorang sahabat berbuat kebaikan
ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati
dan kekal sebagai memori".

"seandainya seorang sahabat itu berbuat kesalahan,"
tulislah ia di padang pasir agar ia hilang
dihempas ombak

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
...Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita
Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat
Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri
Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap redha Ilahi
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya
Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

PERUTUSAN KETUA WANITA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H
Mudahnya Wanita Merebut Peluang Mengaut Pahala Di Bulan Ramadhan
Wanita IKRAM ingin mengambil kesempatan kehadiran Ramadan tahun ini, mengajak umat Islam umumnya dan kaun wanita khususnya untuk sama-sama menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan berazam untuk memanfaatkan kelebihan yang ada padanya sebaik mungkin.
“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.”
Demikian maksud sepotong Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh an-Nasa’e daripada Abu Hurairah r.a.
Umum maklum akan kelebihan dan keistimewaan Ramadan. Namun masih ramai di kalangan umat Islam yang tidak peka dan tidak merebut peluang keemasan yang Allah sediakan di dalam bulan yang mulia penuh barakah ini.
Ramadan mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kita kepada fitrah, di samping peluang-peluang yang terbuka luas untuk kita, terutama kaum wanita mengaut pahala sebanyak-banyaknya.
Antara peluang-peluang besar bagi wanita untuk mengaut pahala di bulan puasa ialah:
1. Menguruskan berbuka puasa.
Tidak kira di mana dan apa bangsa sekalipun, sama ada di bandar atau di desa, rata-ratanya wanita yang menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga. Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):
"Sesisapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)"
Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah.
Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang anda dapat jika anda menyediakan makanan berbuka untuk mereka. Ini termasuk hari-hari uzur anda di mana anda tetap mendapat pahala puasa. Seeloknya sediakanlah makanan itu sekurang-kurangnya buah kurma dan air dengan duit sendiri. Pasti pahalanya berganda, pahala menyediakan dan pahalan infaq. Bagi wanita yang tidak ada pendapatan, mulalah menyimpan untuk infaq pada tahun hadapan jika panjang umur. Kalau umur tak panjangpun, insyaAllah akan diberi pahala juga kerana telah berniat. Namun demikian perlu juga diingatkan supaya kita tidak berlebih-lebihan dan elakan pembaziran di dalam menyedialkan juadah berbuka.
2. Mengajak dan Menyediakan Sahur.
Seringkali seorang ibu, iaitu seorang wanitalah yang mengejutkan ahli keluarga untuk bangun sahur. Bersahur adalah antara sunat-sunat puasa yang besar pahalanya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):
"Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah".
Al-Bukhari dan Muslim.
Dengan mengajak dan membantu orang lain berbuat perkara sunat, iaitu perkara yang baik kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya. Subhanallah.
3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan.
Ramai di kalangan wanita yang berkesempatan ikut beriktikaf di masjid bersama suami. Namun lebih ramai yang tidak berpeluang kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Sungguhpun begitu, wanita tetap berpeluang untuk meraih pahala dengan berniat untuk turut serta jika ada peluang. Dan dengan menolong menyiapkan keperluan suami pergi beriktikaf dan dengan menjaga ahli keluarga di rumah, kaum wanita akan tetap berkongsi pahala dengannya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):
"Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang".
Al-Bukhari dan Muslim
Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan?
Perkara-perkara di atas hanyalah merupakan sebahagian sahaja dari peluang merebut pahala yang ditawarkan di bulan Ramadhan. Ianya tidak termasuk amalan-amalan fardi yang dilakukan oleh wanita itu sendiri seperti puasa, tarawih, baca al-Quran, berdoa, berzikir, menghubungkan silatul-rahim dan lain-lain. Peluang yang begitu besar Allah swt tawarkan dan tiada alasan untuk kita tidak merebutnya.
Adapun syarat untuk kita mendapat ganjaran hebat itu adalah:
1. Beriman dan mentauhidkan Allah dengan semurni-murninya. Elakkan sebarang syirik yang nyata dan tidak nyata;
2. Ikhlaskan niat dengan setulus-tulusnya. Jangan mengharap ganjaran atau pujian manusia; dan
3. Betulkan amalan mengikut prinsip Syariat dengan selurus-lurusnya. Jauhkan bid'ah, ikut-ikutan atau beramal dalam kejahilan.
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

kali pertama kita bertemu ,, awak senyum bila pandang saya ...
... senyuman yang buat saya keliru ...
... " kenapa awak pandang saya dan senyum macam tu ?" ...
... bila awak tegur saya ,, saya rasa tak keruan ,, saya jadi panik ! ...
... saya langsung tak berani pandang muka awak lamalama ...
... saya MALU ! ...
... sebab saya rasa lain sangat ! ...
... esoknya,, awak minta akaun fb saya ...
... saya serba salah sebab saya taknak awak tahu yang saya sudah ada yang istimewa ...
... awak tahu kenapa ? ...
... sebab saya rasa saya suka pada awak ! ...
...lepas saya bagi akaun fb saya ,, awak tegur saya dekat IM ,, kita guraugurau ...
... awak buat saya gembira malam itu ! ...
... awak minta no telefon saya ...
... saya bagi sebab saya memang sukakan awak ...
... lepas saya balik kerja ,, awak telefon saya ...
... SUMPAH saya gembira sayang ! ...
... mungkin awak dah lupa semua cerita lapuk ini,, tapi ia sentiasa segar dalam kotak fikiran saya ...
... seminggu lepas tu,, kita sah sebagai kekasih ! ...
... kesungguhan awak buat saya tertarik !...
... saya tak anggap serius hubungan kita pada awalnya ...
... tapi lamalama saya rasa makin sayang dan cinta pada awak ! ...
...sehari tak nampak awak,, saya rasa bagai nak gila !...
... kita menyulam kasih dari hari ke hari,, bulan ke bulan...
... awak pandai buat saya ketawa,, TAPI awak juga banyak buat saya menangis ! SAYA BENCI !!!...
... banyak sangat kisah suka duka yang terpatri antara saya dan awak ...
... tapi sekarang saya terpaksa pergi ...
... awak janji awak jaga diri baik baik ...
... saya taknak awak sakit ...
... andai kata awak jumpa orang lain masa kita berjauhan,, saya redha ...
... awak pergilah dan berhentilah mencintai saya ...
... saya restu ...
... tapi,, izinkan saya untuk terus menyayangi awak ...
... izinkan saya simpan segala kenangan kita bersama ...
... saya cuma nak awak tahu,, saya sayangkan awak !!! ...
... selamanya sayang ...
... mencintamu sampai mati ...

cinta dalam islam

Sahabatku,Biar ujian seberat gunung,Walaupun kau jatuh ke lubuk yg dalam,Terpesok,Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,Jangan kau mengalah,Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,Walaupun ia tidak mudah,Biar langkahmu kecil atau tidak gagah,Ku tahu,Pasti ia berat dan payah,Nmun itu semua tidak menjadi masalah,Asalkan kau terus melangkah,Bangkitlah,Angkat wajahmu,Bersihkan kotoran di bajumu,Buka jendela yg menutupi ruang-ruang hidupmu,Keluarlah dikau,Dan lihatlahsinar mentari itu !Sahabatku,Teruskan langkahnmu,Lagi dan lagi,Jangan sesekali kau hentikannya,ya,,,jangan dan jangan,kerana aku,amat-amat kepingin,Agar dikau dapat sama-sama merasai,Keindahan hari esok itu.Teruskan langkahmu, wahai SAHABATKU..... 

he had such quiet eyes
she did not realise
they were two pools pf lies
layered with thinnest ice
to her, those quiet eyes
were breathing desolate sign
imploring her to be nice
and to render him paradise

if only she'd been wise
and had listened to the advice
never to compromise
with pleasure seeking guys
she'd be free from "the hows and why"
now here's a bit of advice
be sure that nice really fice
then you'll never be losing at dice
though you may lose you
heart once or twice.

mule2 hendaklah membasuh kedua belah tangannya sebanyak 3kali, kemudian beristinjak BERSUCI dan menghilangkan segala najis yg ada di badannya jika ada. selanjutnya ia berwuduk sperti ia berwuduk untok solat . sebagaimana yg dihurai kan di atas . selain membasuh kdua kaki . membasuh kedua kaki hendaklah dilakukan pda akhir mandi setelah itu hendaklah ia menyiramkan air diatas kepalanya, kemudian diatas tubuh nya di bahagian sebelah kanan , seteus nya bahagian sebelah kiri . apabila selesai , selanjutnya ia menggosok bahagian badanya yh hadapan dan bahagian belakang. rambut kepal serta janggut hendaklah dicelah-celah dengan jari-jarinya. sehingga air dapat sampai ke pangkal tempat tumbuh nya rambut tdai .
seorang WANITA tidaklah diperlukan menghuraikan sanggul nya kcuali kalau diyakini air itu tidak mungkin dapat sampai di delah-celah rambutya. perlu juga di perhatikan lipatan-lipatan yg terdapat pada tubuh.
mandi itu wajib hukumnya kerana 4PERKARA iaitu kerana keluarnya air  mani , keran bertemunya dua kemaluan BERSETUBUH kerana haid dan kerana nifas. selain4PERKARA ini , maka mandi itu hukumnya sunat sahaja.
seperti MANDI UNTUK HARI RAYA , MANDI PADA HARI JUMAAT , MANDI UNTUK MEMAKAI IHRAM , MANDI UNTUK WUKUF DI ARAFAH , MANDI KETIKA HENDAK MASUK KOTA MAAKAH DAN MANDI UNTUK ORG YANG MANDI KAN JENAZAH .

syeikh ibn uthaimin menggariskan adan-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang pelajar dalam urusannya dengan duru. perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapat keberkatan daripadanya .
1. memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya
2. mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
3. menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
4. tidak meninggikan suara terhdap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari .
5. sekiranya perlu bertanya , pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
6. menghormati guru dihadapan dan belakangnya.
7. menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
8. mendoakan kebaikan baginya .
    dipetik daripada kitab syarah adab dan manfaat menuntut ilmu karangansyeikh ibn uthmaimin, terjemahan & terbitan pustaka al-imam al-syafi'i.

ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ni bukan utk hanya ketawa,,
ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa nilainye setitis air mata,,
ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian,,
dan ada masa,,
kesunyian membuat kita tidak akan pernah lupa betapa nilainye seorang teman..

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah....


1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)
2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)
20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)

Salam. Sudah semestinya ada dalam kalangan blogger masa kini terdiri daripada pelajar sekolah. Tetapi persoalannya blogger pelajar sekolah ni pelajar rajin atau terlebih rajin? Mari kita sama-sama mengetahuinya. Pergh dah macam pemberita lah pulak..


     Pelajar rajin? Susahla nak cari pelajar rajin ni.. Ini salah satu rungutan daripada guru-guru yang biasa kita dengar. Memang susah nak cari pelajar rajin. Tetapi bagi aku, senang jer nak carik pelajar rajin ni. siap boleh tau yang mana satu rajin, dan yang mana satu terlebih rajin. Caranya mudah sahaja. Jom sambung membaca.

     Biasanya pelajar yang rajin, dia akan selalu mengulangkaji pelajaran. Tak kiralah dimana jua dia berada. Kecuali dalam tandas la.. Bila ada masa jer, belajar.. Tak suka berfoya-foya. Sampaikan buku dah menjadi member baik dia pulak. Itulah pelajar yang rajin. Biasa la nak berjaya lah katakan..

     Lagi satu pelajar yang rajin ni, mesti menghantar tugasan yang diberikan oleh cikgu tepat pada masanya. Tak macam pelajar lain, macam-macam alasan. Kadang-kadang aku pun ada alasan.. hehehehe.. Tetapi pelajar yang rajin ni memang tak pernah miss hantar tugasan kat cikgu. Kiranya boleh menjadi contoh la kat dalam kelas.

     Pelajar rajin ni juga mesti datang ke sekolah tiap-tiap hari. Tak kiralah sakit ke, penat ke, sekolah tetap sekolah. Inilah pelajar rajin. Rasanya pelajar yang rajin ni kiranya kedatangan penuhlah.


     Pelajar terlebih rajin pulak lain pulak sifatnya. kalau pelajar rajin tadi selalu mengulangkaji, hantar tugasan tepat pada masa dan datang sekolah hari-hari, pelajar terlebih rajin lagi hebat. Pelajar terlebih rajin ni mengulangkaji sepanjang masa. Time tengah makan pun nak ulangkaji. Kalau aku, takdela.. Time makan mesti makan. Lagi satu, pelajar terlebih rajin ni siap jadikan buku tu bantal peluk dia. Bukan tak pernah berlaku, ada yang buat macam tu. Percayalah.

     Pelajar terlebih rajin ni lagi satu kan, umpama tak bersosial. Pelajar rajin kalau nak study pun, mesti nak rehat, jumpa kawan apa semua. Tapi terlebih rajin ni, 24 jam menghadap buku jer. Dah namanya pun terlebih rajin kan?? Silap-silap handphone pun takde...

     Kesimpulannya, jadi pelajar rajin ni memang bagus. Masa depan cerah. So marilah kita sama-sama menjadi pelajar yang rajin. Tak kira lah nak jadi rajin ataupun terlebih rajin. Asalkan rajin. Bukan rajin update blog jer tau.. Rajin belajar. Mana lah tau ada blogger yang jadi pengasas laman web kat Malaysia ni.. 

I'm a very deep person but I like to joke around and be goofy ! I am a happy go lucky person who wants to live the rest of my life in total peace and love. I love meeting new people and making new friends! I believe that the beauty of a person lies within. I give thanks to God everyday for giving me all the blessings in my life. I’m known to be very straightforward which doesn’t suit everyone but I believe that people must take me as I am. I am also spontaneous and adventurous person. As far as my evenings are concerned, I am open to all possibilities – movies, eating out at 'mamak stalls', writing something, listening to music, quiet nights in, going to 'pasar malam' ... Time at the beach is always good for me whether it be playing in the sand, watching sunset or moonlit walks on the beach. Life is what you make it

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dgn murid-muridnye, lalu beliau bertanye (teka-teki) :

Imam Ghazali : apa yg paling besar di dunia ini??
murid 1 : gunung
murid 2 : matahari
murid 3 : bumi
Imam Ghazali : semua jwpan itu benar..tpinyg paling besar adalah HAWA NAFSU..(SURAH AL-A'RAF 179).maka kita    harus berhati-hati dgn nafsu kita,jgn smpi nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : apakah yg paling dekat dgn kita di dunia ini??
murid 1 : org tua
murid 2 : guru
murid 3 : teman
murid 4 : kaum kerabat
Imam Ghazali : semua jwpan itu benar..tapi yg paling dekat dgn kita ialah MATI..sbb itu jnji Allah bhawa setiap yg bernyawa pasti akan MATI ( SURAH ALI-IMRAN 185).

Imam Ghazali : apa yg paling jauh dari kita di dunia ini??
murid 1 : negeri china
murid 2 : bulan
murid 3 : matahari
murid 4 : bintang2
Imam Ghazali : semua itu benar..tpi yg paling benar adalah MASA LALU. bgaimnapun kita.. apapun kenderaan kita..tetap kita tidak dpt kembali ke masa yg lalu.oleh sbb itu kita hrus mnjga hri ini,hri esok dan hari2 akn dtg dgn perbuatan yg sesuai dgn ajrn agma..

Imam Ghazali : apa yg paling berat di dunia ini??
murid 1 : baja
murid 2 : besi
murid 3 : gajah
Imam Ghazali : semua itu benar,tpi yg paling berat ialah AMANAH (SURAH AL-AZAB 72).tumbuh2an,binatang2, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t. meminta mereka mnjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. ttpi manusia dgn sombongnya berebut2 menyanggupi permintaan Allah sehingga bnyk manusia msuk ke neraka krana ggal memegang amanah.

Imam Ghazali : apa yg paling ringan di dunia ini??
murid 1 : kapas
murid 2 : angin
murid 3 : debu
murid 4 : dedaun
Imam Ghazali : semua jwpan kamu itu benar,ttpi yg paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT..gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia kita tggalkn solat...


* renung2 kn....bnde yg xterpikir dek akal....





4 perkare menguatkn badan>

  1. makan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dripda kapas
4 perkare melemahkn badan
  1. bnyk berkelamin (bersetubuh)
  2. selalu cemas...so alwayz cool k friends...
  3. bnyk minum air ketika makan
  4. bnyk mkn bhan yg masam
4 perkara menajamkan mata
  1. duduk mghadap kiblat
  2. bercelak sebelom tidur
  3. memandang yg hijau
  4. berpakaian bersih
4 perkare merosakn mata
  1. memandang najis
  2. melihat org dibunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangi kiblat
4 perkara menajam kn fikiran
  1. tidak bnyk berbual kosong...(ehem ehem..)
  2. rajin bersugi (gosok gigi k..)
  3. bercakap dgn org soleh
  4. bergaul dgn para ulama
sje nk kongsi ngan korg mgkin ade yg tau ade yg xtau....ni pon terbce kt bku...hee :-) ape slh nye kongsi ilmu...

:::[ Masuk Syurga Tanpa Hisab & Tiada Azab ]:::

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.
Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a.
Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.

Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.

(hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik

(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa

(hadis marfu' sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.

(hadis marfu' sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan 'lailahaillallah"

(hadis sumber daripada A'isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat

(hadis marfu' sumber daripada 'Ata')

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya

(hadis marfu' riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah

(Ibn Mas'ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu':

"Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya."

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat.

Ikhlaskan diri.
Biar tidak dipuji manusia.
Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.


hidup ini kan bererti,
jika lebih dihargai,
dengan jalan ku sendiri,
moga capai yang dihajati...

tapi ade mase,
kau terjatuh dan kecewa,
hapuskanlah air mata,
senyumlah kau engan rela.

hadapilah hidup ini,
susah senang kau tempuhi,
terimalah apa sahaja,
 di dunia ini..

berserahlah pada tuhan,
apa yang telah kau lakukan,
dengan doa dan harapan,
bersabarlah.....

orang di timur cakap langit itu indah,
diriku terdiam....,
orang di barat cakap bintang itu indah,
diriku terus terdiam...
orang di semenanjung cakap laut itu indah,
orang di utara cakap bumi itu indah,
orang diselatan cakap mahligai itu indah,
orang di tenggara cakap gunung itu indah,
aku diam...,
tetapi orang di barat,timur,semenanjung, utara,
 dan selatan juga tenggara itu diam seketika,
saat aku kata KELUARGA DAN SEKOLAH,
itu lebih indah....
bagaikan syurga yang dipenuhi bidadari..


friend is a wonderful thing,
full of that special friendship ring,
if you can say that you have had one,
true friend,
then you have been blessed in the  end,
friendship are likes rollercoaster rides,
they have up and down just like the tides,

so  many things can go right or wrong,
and yet, friendship can last very long,
some friendship last for your whole life,
while others end with stab of knife,
no matters which way friendship ends,
it's what you take out of it that depends...

i have many true friends through the years,
they're come and gone with it's share of tears,
but i have had at least one true friend....


cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan tuhan fitrah insani,
dan dimana terciptalah cinta,
di situ rindu bermula...

cinta itu tak pernah meminta,
tetapi memberi sepenuh rela,
rasa bahagia biarpun sengsara,
berkorban segala-gala...

semua kerana cinta,
yang pahit manis di rasa,
menghibur nestapa,
merawat duka,
damai di jiwa,
terpadamlah api benci permusuhan,
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta,
yang diidamkan tanpa nafsu yang,
mencemarkan...

dan janganlah kita pula,
kerana bercinta kita pun leka entah,
kemana dan jangan pula kerana bercinta,
tergadai semua maruah agama...

cinta yang sejati,
hanya cintakan ilahi,
cinta ayah bonda.
tulus suci selamanya,
cintakan saudara,
hanya sementara,
seta sesama insan,
suburkan dengan ketakwaan....

*"Ya Allah, jika aku jatuh cinta... cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya pada mu, agar bertambah kekuatan untuk mencintaimu..."


wajah suci itu tidak berdosa,
mengapa dia dibiar begitu sahaja,
sedih pilu menatap rupanya,
kaku terdampar di lembah hina..

apa dosanya si kecil itu,
belum sempat dia memanggil ibu,
sampai hati engkau dizalimi,
oleh mereka yang tiada simpati...

tubuh kecil itu mahu,
dihargai dihormati,
dimakamkan dia bukan,
dibuang sesuka hati,
di manakah nilai ehsan insani...

apa dosanya si kecil itu,
kerana kasih tersasar tujuan hidup,
hingga lahir zuriat,
yang bukan pilihan,
buntu tiada jalan penyelesaian,
lalu si anak buang dijalanan,
mengapa tiada simpati dan kasihan...

sayu hati melihat nasib dirimu,
bagai tiada nilai disisi,
wajah sucimu telah dinodai,
namun lahirnya ada nilainya,
di sisi Allah engkau mulia,
bagai kain putih kau tiada dosa,
bertaubatlah mereka yang hina...

About this blog


Search This Blog

Live Traffic Feed


Powered by Blogger.

Popular Posts

About Me

My photo
kejar la cita-cita sebelum kejar cinta dukungla ijazah sebelum mendukung cahaya mata

Followers

Featured Posts