wajah suci itu tidak berdosa,
mengapa dia dibiar begitu sahaja,
sedih pilu menatap rupanya,
kaku terdampar di lembah hina..
apa dosanya si kecil itu,
belum sempat dia memanggil ibu,
sampai hati engkau dizalimi,
oleh mereka yang tiada simpati...
tubuh kecil itu mahu,
dihargai dihormati,
dimakamkan dia bukan,
dibuang sesuka hati,
di manakah nilai ehsan insani...
apa dosanya si kecil itu,
kerana kasih tersasar tujuan hidup,
hingga lahir zuriat,
yang bukan pilihan,
buntu tiada jalan penyelesaian,
lalu si anak buang dijalanan,
mengapa tiada simpati dan kasihan...
sayu hati melihat nasib dirimu,
bagai tiada nilai disisi,
wajah sucimu telah dinodai,
namun lahirnya ada nilainya,
di sisi Allah engkau mulia,
bagai kain putih kau tiada dosa,
bertaubatlah mereka yang hina...
0 comments:
Post a Comment