Salam. Sudah semestinya ada dalam kalangan blogger masa kini terdiri daripada pelajar sekolah. Tetapi persoalannya blogger pelajar sekolah ni pelajar rajin atau terlebih rajin? Mari kita sama-sama mengetahuinya. Pergh dah macam pemberita lah pulak..


     Pelajar rajin? Susahla nak cari pelajar rajin ni.. Ini salah satu rungutan daripada guru-guru yang biasa kita dengar. Memang susah nak cari pelajar rajin. Tetapi bagi aku, senang jer nak carik pelajar rajin ni. siap boleh tau yang mana satu rajin, dan yang mana satu terlebih rajin. Caranya mudah sahaja. Jom sambung membaca.

     Biasanya pelajar yang rajin, dia akan selalu mengulangkaji pelajaran. Tak kiralah dimana jua dia berada. Kecuali dalam tandas la.. Bila ada masa jer, belajar.. Tak suka berfoya-foya. Sampaikan buku dah menjadi member baik dia pulak. Itulah pelajar yang rajin. Biasa la nak berjaya lah katakan..

     Lagi satu pelajar yang rajin ni, mesti menghantar tugasan yang diberikan oleh cikgu tepat pada masanya. Tak macam pelajar lain, macam-macam alasan. Kadang-kadang aku pun ada alasan.. hehehehe.. Tetapi pelajar yang rajin ni memang tak pernah miss hantar tugasan kat cikgu. Kiranya boleh menjadi contoh la kat dalam kelas.

     Pelajar rajin ni juga mesti datang ke sekolah tiap-tiap hari. Tak kiralah sakit ke, penat ke, sekolah tetap sekolah. Inilah pelajar rajin. Rasanya pelajar yang rajin ni kiranya kedatangan penuhlah.


     Pelajar terlebih rajin pulak lain pulak sifatnya. kalau pelajar rajin tadi selalu mengulangkaji, hantar tugasan tepat pada masa dan datang sekolah hari-hari, pelajar terlebih rajin lagi hebat. Pelajar terlebih rajin ni mengulangkaji sepanjang masa. Time tengah makan pun nak ulangkaji. Kalau aku, takdela.. Time makan mesti makan. Lagi satu, pelajar terlebih rajin ni siap jadikan buku tu bantal peluk dia. Bukan tak pernah berlaku, ada yang buat macam tu. Percayalah.

     Pelajar terlebih rajin ni lagi satu kan, umpama tak bersosial. Pelajar rajin kalau nak study pun, mesti nak rehat, jumpa kawan apa semua. Tapi terlebih rajin ni, 24 jam menghadap buku jer. Dah namanya pun terlebih rajin kan?? Silap-silap handphone pun takde...

     Kesimpulannya, jadi pelajar rajin ni memang bagus. Masa depan cerah. So marilah kita sama-sama menjadi pelajar yang rajin. Tak kira lah nak jadi rajin ataupun terlebih rajin. Asalkan rajin. Bukan rajin update blog jer tau.. Rajin belajar. Mana lah tau ada blogger yang jadi pengasas laman web kat Malaysia ni..